Nasi Dagang, Lauk dan acarnya

NASI DAGANG

Bahan-bahannya

2 cupak beras Siam (Super Siam) bukan beras wangi
1/2 tin susu beras pulut
1 1/2 biji kelapa
12 ulas bawang merah
1 sudu halba
sedikit garam dan gula

Cara membuatnya
- Beras siam dan pulut dicampur, dibersihkan dan direndam sehingga 5 hingga 6 jam
- Kelapa diparut, diambil pati santan kira-kira 6 gelas, masukkan garam dan gula secukup rasa
-Halia, bawang merah dimayang, halna direndam selama 1/2 jam barulah ditoskan.
-Beras dikukus hingga masak, kemudian diangkat barulah diarun dengan air biasa atau air kelapa sehingga nasi tadi nampak sedikit berair. Kukuskan sekali lagi hingga masak, masukkan bawang, halia dan halba di atas nasi kira-kira satu minit, barulah diangkat dan dimasukkan ke dalam besen.
-Selepas itu, tuangkan pati santan di atas nasi. Kacaulah hingga rata dan bolehlah dihidangkan.

GULAI IKAN NASI DAGANG

Bahan-bahannya
3 keping ikan tongkol (boleh juga gunakan ikan tenggiri)
100 gm cili yang telah dimesin
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 cm halia
2 sudu rempah kurma
2 keping asam keping
4 cawan santan pekat
3 cm lengkuas
2 biji buah keras
minyak untuk menumis

Cara membuatnya
-Bersihkan ikan
-Tumbuk halus bawang merah, bawang putih, halia dan lengkuas.
-Masukkan cili serta semua bahan yang ditumbuk dalam periuk
-Kemudian masukkan rempah kurma dan kacau sehingga wangi
-Masukkan ikan, santan dan asam keping
-Setelah itu, masukkan garam dan masak sehingga kuah hampir pekat

GULAI AYAM / DAGING NASI DAGANG

Bahan-bahan
1 ekor ayam / 600 gm daging
1 biji kelapa
2 sudu kerisik
2 biji cili merah
3 sudu makan rempah kurma
15 ulas bawang merah }
3 ulas bawang putih }
12 buji cili kering } ditumbuk halus
4 hiris halia }
4 hiris lengkuas }
1 keping asam keping
2 sudu gula merah
sedikit minyak untuk menumis
garam dan serbuk perasa (secukup rasa)

Cara membuatnya
- Ayam/daging dipotong mengikut kesukaan
- Kelapa diperah ambil santan ( 7 cawan)
- Bahan yang ditumbuk dicampurkan dengan rempah kurma, kerisik dan digaulkan sebati
- Tumiskan bahan gaulan tersebut hingga wangi
- Masukkan ayam/daging, gaul dan tutup seketika
- Masukkan santan sehingga mendidih
- Masukkan asam keping, gula merah, garam dan serbuk perasa secukupnya
- Masukkan cili merah. Tunggu sehingga kuahnya pekat barulah diangkat

ACAR TIMUN/SENGKUANG

Bahan-bahan
2 biji timun
1 biji sengkuang kecil
1 batang lobak merah
2 biji cili merah
1 labu bawang besar
1/2 inci halia
4 sudu makan cuka
2 sudu makan gula
garam secukup rasa

Cara membuatnya
- Timun, sengkuang dan lobak merah dipotong halus memanjang sebelum dibersihkan
- Bawang besar, cili merah dan halia dipotong kecil-kecil dan dimasukkan ke dalam mangkuk
- Masukkan cuka, garam dan gula ke dalam mangkuk tersebut
- Kacau hingga sebati kemudian masukkan potongan timun, sengkuang dan lobak merak tadi. Gaul sebati dan hidangkan
No posts.
No posts.